Thursday 21 April 2011

TAHNIAH PJK Felda Ijok!!!

PJK Felda Ijok telah menganjurkan sesi Expert Workshop pada 16 April 2011 bertempat di Dewan Orang Ramai , Felda Ijok.

Sesi Expert Workshop yang dihadiri oleh En. Aziz bin Md Isa, Pengurus Felda  Ijok serta isteri dan 30 orang peserta ini bertemakan Sulaman Manik dan Labuci. Pengerusi PJK Ijok, En. Abdul Razak bin Md Arshad turut hadir untuk memeriahkan majlis.

Untuk kedua kalinya, Pn. Rosidah Binti Darus, usahawan butik jahitan dari Sg. Besar telah dijemput untuk mengajar teknik jahitan manik kepada para peserta di Felda Ijok. Pada sesi kali ini, beliau telah memperlihatkan 10 teknik jahitan manik yang boleh dipraktikkan oleh para peserta untuk tujuan peribadi mahupun untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan berasaskan jahitan dan sulaman. 

Para peserta yang kebanyakkannya adalah golongan suri rumah dan penerokawati ini, amat berbesar hati diatas peluang yang telah diberikan kepada mereka untuk menimba ilmu baru secara percuma. Ternyata ilmu yang telah dicurahkan oleh Puan Rosidah berjaya mencetuskan minat baru dikalangan peserta.  Mereka dilihat amat bersungguh-sungguh untuk menggunakan peluang yang diberikan.

Diakhir sesi, para peserta diberikan peluang untuk melihat contoh-contoh jahitan manik yang dibawa khas oleh Pn. Rosidah. Setelah selesai majlis, para peserta tidak sabar untuk pulang ke rumah masing-masing untuk menyulam manik di pakaian sendiri. Para peserta juga sempat menyampaikan hasrat mereka agar lebih banyak program sebegini diadakan dari masa ke semasa oleh PJK Felda Ijok.

Bagi pihak penganjur, program ini diharap dapat mencapai objektifnya iaitu menggalakkan penggunaan ICT secara efektif dan seterusnya menggunakan PJK sebagai pusat ilmu komuniti.

No comments:

Post a Comment