Tips & Petua

Mengukuhkan Jahitan Manik dan Labuci pada Pakaian

Jika anda ingin mengukuhkan jahitan manik dan labuci pada baju anda, satu petua yang sangat mudah – menggunakan pengilat kuku.

* Caranya, letakkan sedikit pengilat kuku berkenaan di tempat di mana anda hendak matikan benang
* INGAT ~ Bukan pada manik ye.  
* Gunakan pengilat kuku yang berwarna jernih.  
* JANGAN gunakan pengilat kuku yang berwarna, nanti comot pula baju anda. 

Mereka yang telah mencuba mengakui jahitan manik dan labuci mereka masih kukuh walaupun pakaian dicuci beberapa kali dengan menggunakan mesin basuh. 

Selamat mencuba (^^,) ~!

sumber : http://izyanadiah.blogspot.com/2010/06/tips-mengukuhkan-jahitan-manik-dan.html

Pemilihan Manik 




MANIK JEPUN : Berkualiti dan tidak dinafikan jangka hayat serta kilauannya memang berbeza dengan yang tiruan. Contoh Manik Jepun yang popular : Miyuki & MGB Matsuno, TOHO. 


MANIK CZECH : Jarang digunakan kerana sukar didapati di Malaysia, bentuknya agak random berbanding dengan Manik Jepun dan kerana warnanya yang terhad berbanding Manik Jepun. TETAPI – kelebihan manik czech ialah ianya lebih tahan untuk baju yang di-dry cleaning.

Walaupun kedua2 manik ini sangat berkualiti, tetapi ketahannya tidak sama bagi warna2 yang digunakan. Contohnya; Silverlined (SL), lebih rendah daya tahannya dan yang plated (berlapis) juga kurang tahan berbanding yang transparent (lutsinar), frosted dan opaque.

Walaupun SL, plated, inside colour luster (ICL) kurang tahan berbanding transparent, frosted, opaque tetapi ianya lebih menarik dan lebih berkilau dan juga dapat tahan sekiranya penjagaannya betul. Walaupun kelak ia akan berubah/luntur warnanya, ia tetap kekal berkilat berbanding dengan manik tiruan dari Taiwan yang luntur dan tidak berkilau selepas beberapa lama.

Manik seed, manik plastik dan manik taiwan rice - biasanya mudah juga terkeluar warnanya, tapi dengan penjagaan yang baik, boleh tahan bertahun2 lamanya.
Manakala bagi manik jenis Pearls, Kristal, Acrylic Stones - bergantung pada harga dan kualiti, ada yang elok, ada yang tidak tetapi masih boleh tahan dengan penjagaan yang baik.

sumber :  http://glitznglamz.fotopages.com/?entry=1897251



Penjagaan Baju Bermanik 



Baju yang disulam manik haruslah;

1) Dibasuh dengan tangan : celup², cuci bahagian yang terdapat kotoran sahaja, perah (bahagian yang tidak bermanik) dan jemur.
Jangan jemur pada cahaya matahari yang panas.
Terbalikkan baju apabila hendak dijemur.         

2) Jika baju anda merupakan dry clean material, pastikan sebelum menempah jahit baju anda untuk dibubuh manik, beritahu pada beader(tukang jahit manik) supaya dia boleh menjahit manik yang sesuai dengan cara penjagaannya.

3) Dry clean material juga boleh dicuci sendiri dengan menggunakan steam iron,
Steam-kan pada bahagian yang terdapat kekotoran dan cuci pakai pencuci yang sesuai.

4) Cara menggosok baju bermanik ini pula - harus digosok dari belakang/secara tebalik (kawansan bermanik).
Jika menggunakan steam iron - perlu dilapik sikit dengan kain/kertas.