Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Ijok akan mengadakan satu Program Expert Workshop iaitu Bengkel Menjahit Manik dan Labuci pada 16hb April 2011, ianya diadakan khas untuk penerokawati yang menetap di Felda Gunung Besout 5 sahaja.
Bengkel yang akan dikendalikan oleh seorang tenaga pakar yang berpengalaman, Puan Rosidah Darus, adalah terhad kepada 30 orang peserta sahaja. Kepada mereka yang berminat dan ingin mempelajari teknik-teknik menjahit manik dan labuci, sila hadirkan diri anda ke PJK Felda Ijok untuk mendapatkan maklumat lanjut seterusnya daftarkan diri anda di sana untuk bengkel yang pertama kali seumpamanya diadakan ini.

Selain dari mempelajari teknik menjahit manik dan labuci, para peserta juga secara tidak langsung akan didedahkan dengan penggunaan ICT (internet), di mana setiap nota rujukan, tip & petua, maklumat terkini serta sebarang pertanyaan selepas bengkel boleh dilakukan dengan hanya melalui blog khas ini.
Blog ini juga akan berfungsi sebagai sumber maklumat kepada peserta bengkel untuk melayari pautan-pautan lain yang berkaitan. Para peserta juga boleh berinteraksi dan bertanya dengan tenaga pakar yang dijemput menggunakan perisian serta ruangan yang disediakan, semuanya secara online.

No comments:
Post a Comment